Hari ni adalah hari kelima saya bertugas sebagai seorang guru :)
Alhamdulillah, lantikan yang 'agak mengejutkan' tidak mendatangkan keserabutan buat saya. Syukur. Dalam tenang agak 'excited'.
Mujurlah, sebelum ini saya dah biasa berada di laman sekolah dengan dunia motivasi dan kefasilitatoran yang cukup dicintai.
(i) "Nama saya Noor Azian"
Serasa bermimpi juga bila diiktiraf untuk menjadi guru. Ish.ish..tak sangka betul..hehe. Setakat ni, saya diarahkan untuk mengganti guru-guru yang tiada di sekolah tersebut, walaupun unit agama adalah opsyen saya..alah, jadi ustazah lah ;)
-----------
(ii) "Fasilitator vs guru"
Saya bukanlah garang dan tak mahu jadi garang. Ahah, yang betulnya tegas. Jadi tegas barulah betul, kan?
Tapi, saya tahu, watak tegas saya takkan lama (tak mampu) sebab saya suka jenaka. Saya banyak tenggelam dengan dunia fasi. Yelah, cara 'mentor' saya bukan dengan cara yang terlalu serius dan tegas. Saya 'along' yang anti marah. Saya 'along' yang karib dengan mesra dan ketawa.
[Aaahh....lihat senyuman orang lain itu membuat saya bahagia. Marah adalah seorang musuh]
Tapi, persepsi itu boleh berubah-ubah lah pulak. Bila saya turun sendiri di laman guru, baru saya nampak dengan lebih jelas asam garamnya. Aduhai....
Bukan keluhkan apa. Tapi merasa sendiri pelbagai kerenah anak-anak kecil dari usia 5 hingga 12 tahun ini, anda mungkin juga akan rasa macam-macam. Baru saya tahu mengapa tiap kali saya jadi fasi cikgu-cikgu akan pesan "jangan bagi muka kat diorang"..hah!
[Persepsi dan penerimaan pelajar pada guru dan fasilitator agak berbeda! ]
Jangan terkejut dengar suara saya dah hilang pitching, tak dengar lagi vokal karismanya..huhu. Saya sudah teriak jerit. Walau saya tak suka itu!!
----------
(iii) DILEMA (s)
Saya agak dilema di kelas pelajar yang lemah. Tidak kisah pun mereka itu kurang bijak, tapi bila mereka tak berdisiplin, bergaduh depan saya sendiri...saya yang jadi buntu!Jadi, bagaimana??
Belum ada solusi yang paling berkesan. Setakat ni, (hari yang lima) saya masih 'ok' ;)
Ia, saya akan cuba terus mendekati mereka. Sebab perkara utama yang saya tahu tentang guru adalah menjadi 'pendidik'.
Saya sedar juga satu perkara. Tuhan telah menghantar saya bukan saja membangkit semangat dan ubah persepsi pelajar dalam dunia fasilitator...tetapi lebih dari itu, saya dihantar menjadi seorang GURU.
Sebuah perjuangan dalam dunia yang baru. Di mana terletaknya impian seorang saya dan harapan merintis kecemerlangan semua. Tolong sampaikan do'a anda ya. Moga dipermudahkan perjalanan juang kita semua..
2 comments:
salam yan,
-mengajar MEMANG seronok.. serius!!
-selamat mengajar, cikgu =P
ww:minat jd lecturer x? kolej aku nak lect psyc
-lead-
lead..kik kiK :P
nak ngajo di skul..lalalala, berfantasi dgn anak-anak murid ttg katun-katun kegemaran kami..yeehaa ^_^v
Post a Comment